Kita lupakan sebentar tentang sejarah Modenas.Diharapkan Panduan ini dapat memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berjinak-jinak dengan motosikal nasional ini.Langkah-langkah yang perlu dilakukan UNTUK MENJADIKAN KRISS 100 LAJU ialah:
Sistem Ekzos(Exhaust System)
-Kebiasaanya Kriss menggunakan ekzos standard yang menepati Euro Standard dan memasang silencer yang melekat sekali dengan ekzos tersebut.Ia juga hanya mempunyai lubang ekzos yang sebesar 20 sen(Memang angin tak lepas la).Dengan menukar ekzos 'RACING'.Ini membolehkan motor anda melepaskan asap pembakaran dan angin akan lepas dengan senang.Kesimpulannya motor anda akan laju dalam 5%.Tapi faham-faham lah,ekzos racing mana ada yang mesra bunyi.Semuanya macam bunyi perang.Pemasangan ekzos juga perlu diteliti dan panduan dari pakar kerana ekzos yang tidak sesuai akan menyebabkan bahagian dalam enjin rosak kerana getaran dan stress yang melampau.Antara ekzos yang menjadi tumpuan sekarang adalah:
1.NOB1
(Triovale AL Series)

2.Yy Pang

3.Leo Vince(GP Corsa)

4.Leo Vince(Cobra Exhaust)

Itulah diantara ekzos yang menjadi pilihan pemuda sekarang.(Leo vince tu faham-faham la ye..mahal ooo 400-600 gitu)
2.Sprocket
Sprocket merupakan gear pacu tenaga dari enjin ke roda.Standard Kriss ialah 14-38(Cepat pikap top speed hampeh)Denagan menukar set sproket jelas dapat memberi lebih lajak dan Pick-up.Biasanya sprocket belakan kecil dapat memberi lebih lajak(top speed).Sprocket besar lebih acceleration(Pick-up)
1. 16-32
2. 16-33
3. 15-30
Itu adalah sedikit contoh setting sprocket.Jadi cuba dan try ikut kesesuaian anda.